MALAM PENDEKAR



Pengenalan

Malam pendekar adalah satu program yang dianjurkan dibawah program perayaan PSSCMUSM dimana melibatkan persembahan-persembahan daripada PSSCM sendiri dan juga beberapa pertubuhan seni bela diri lain. Secara kasarnya, matlamat penganjuran Malam Pendekar adalah bertujuaan untuk memperkenalkan seni bela diri di Malaysia khasnya kepada masyarakat umum melalui kaedah persembahan. Selain itu, Malam Pendekar juga memberi peluang kepada persatuan atau pertubuhan yang terlibat untuk membuktikan kepada umum bahawa seni bela diri budaya bangsa masing-masing adalah masih relevan untuk diguna pakai pada masa kini dan seterusnya menaikkan martabat dan budaya bangsa di mata masyarakat sekeliling.



Persatuan/Pertubuhan Yang Terlibat

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Utara Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Perlis

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang

Pertubuhan Seni Silat Gayong Makrifat

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia

Persatuan Seni Silat Pusaka Warisan

Persatuan Seni Silat Laksamana Raja Laut

Persatuan Silambam Malaysia

Kelab Kung Fu USM


Perincian Program

Tarikh                   : 25 Februari 2012
Masa                    : 8.00 malam
Tempat                 : Dewan Tuanku Syed Putra, USM
Bayaran               : RM 5

*Sila rujuk halaman jualan untuk perincian mengenai jualan tiket Malam Pendekar